BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 9, 2011

ASSALAMUALAIKUM~~~;)

 

Ini adalah dipetik dari ceramah ataupun motivasi oleh Ustaz Zawawi sewaktu bersiaran di radio IKIM yang menceritakan tentang sunnah Rasulullah S.A.W yang juga menyentuh tentang cara memberi salam. Jadi dengan itu maka bab salam lah yang akan dipertengahkan kerana ramai hari ini menggunakan berbagai jenis singkatan hanya kerana mahu meringkaskan percakapan, ucapan, mesej dan berbagai lagi...jadi sama-samalah kita baca petikan di bawah ini...:

"maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah 'Salam (selamat tinggal)'. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk)." - 43:89

Baginda S.A.W memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"

Namun jika secara ringkas dalam memberi salam pula, Baginda S.A.W akan memberi salam dengan ucapan "Assalamualaikum" dan menjawab salam pula "Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"

Semasa menjawab salam ramai yang telah silap dalam menyebutnya walaupun dari segi pendengarannya hampir sama :

Jawab salam yang sentiasa kita dengari ialah "WALAI KUM SALAM" namun ianya adalah tidak tepat, maka yang tepat ialah "WAALAI KUMUS SALAM"

Dan pula jika ingin mengirimkan salam kepada orang lain pula, ada juga caranya yang betul :

"Kirimkan salam 'Assalamualaikum' kepada Hassriq ye" - sebagai contoh yang betul, akan tetapi ramai yang tersilap menggunakan seperti ini "Kirimkan salam kepada Hassriq ye" dan tidak juga yang ketinggalan yang memandai tambah-menambah dalam mengirimkan salam "Kau kirimkan SALAM MAUT kepada dia ye". Walaupun dalam nada gurauan sekalipun, tapi ia tetap menyalahi syariat dan berdosa!

Tidak itu sahaja, jangan juga kita memandai-mandai menukarkan dan menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan perkataan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan juga.

Maka jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita menggantikannya dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud yang sama dengan "Assalamualaikum".

Jadi sama-samalah kita menyebarkan cebisan ilmu ini sesama kita dan sahabat masing-masing. Perkataan "Akum" adalah merupakan gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang yang bukan Yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ianya merupakan singkatan daripada perkataan "Avde Kokhaim U Mazzalot" yang bermaksud "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT"

Bagi perkataan "BYE" adalah merupakan jarum sulit Kristian yang membawa maksud "DI BAWAH NAUNGAN POPE".

Bagi perkataan "A'KUM" adalah bermaksud "BINATANG" dalam bahasa Yahudi.

Bagi perkataan "SEMEKOM" yang membawa maksud "Celaka Kamu".

Semoga yang tertulis hasil petikan ini memberi sedikit ilmu buat anda semua, jika ingin dikongsikan dipersilakan dan selamat beramal. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...